PT 3635, TINGKAT BAWAH RUMAH KEDAI,
JLN ALAM MUTIARA 1/1 TOK MOLOR, 21100 KUALA TERENGGANU
Tel: 09- 6229657 / 011-29567760
TENTANG KAMI
Klinik Syafi merupakan salah sebuah syarikat bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang beroperasi mulai 25 Oktober 2021. Klinik Syafi merupakan aset syarikat Medvec Sdn. Bhd. Klinik Syafi mempunyai matlamat tinggi untuk menjadi klinik yang mesra masyarakat dan sentiasa memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik. Moto Klinik Syafi adalah “Best Of Care”.
Klinik Syafi beroperasi selama 24 jam sehari. Klinik Syafi telah ditubuhkan oleh empat (4) individu, tiga (3) daripadanya ialah doktor iaitu Dr. Mohd Syafiq Mohd Nadery, Dr. Muhammad Zulhelmi Zamri dan Dr. Hanafi bin Yahya serta Encik Mohamad Qayyum bin Mohamed Anuar. Klinik ini bukan sahaja dibina bagi merawat orang yang sakit, tetapi juga bermatlamat untuk menyumbang kepada masyarakat. Pada permulaan, pihak Klinik Syafi telah menganjurkan beberapa program pada 2021 iaitu sumbangan kepada pusat kuarantin (PKRC Bersepadu Kuala Terengganu), saringan batu karang secara percuma dari masjid ke masjid serta yang terbaru adalah program Kad Anak (rawatan percuma kepada anak yatim).
Klinik Syafi juga terlibat dengan mengadakan servis kesihatan dalam industri ‘oil and gas’ di Malaysia dan sah berdaftar dengan syarikat petronas untuk medical services and medical supply.
Matlamat jangka panjang klinik ini adalah agar kami dapat menjadi sebuah klinik yang mesra masyarakat, menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik, profesional dan berkualiti.
MISI, VISI & POLISI SYARIKAT
MISI SYARIKAT
-
Menyediakan servis kesihatan yang terbaik dan selesa dengan harga yang berpatutan kepada semua lapisan masyarakat.
VISI SYARIKAT
-
Menjadi klinik yang mesra pesakit dan dapat meningkatkan tahap kesihatan setiap golongan masyarakat.
POLISI SYARIKAT
-
Perkhidmatan cekap dan mesra.
-
Berusaha meningkatkan ciri-ciri Islam di dalam perniagaan mahupun dalam kehidupan.
-
Harga yang berpatutan.
-
Gerak kerja yang efisyen.
-
Berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dengan teknologi atau maklumat terkini.
-
Servis kesihatan yang bertemakan ‘Best Of Care’.
PASUKAN KAMI

DR. MOHD SYAFIQ BIN MOHD NADERY
MBBS, SEGI UNIVERSITY
NO MMC : 85065
​
DOKTOR RESIDEN I
CHIEF EXECUTIVE OFFICER MEDVEC SDN. BHD.

DR. MUHAMMAD ZULHELMI BIN ZAMRI
MBBS, FIRST
NO MMC : 85621
​
DOKTOR RESIDEN II
CHIEF PROCUREMENT MEDVEC SDN. BHD.

DR. HANAFI BIN YAHYA
MD, USM
NO MMC : 48094
​
CHIEF OPERATION OFFICER MEDVEC SDN. BHD

ENCIK MOHAMAD QAYYUM BIN MOHAMED ANUAR
CHIEF FINANCIAL OFFICER MEDVEC SDN. BHD.
​